Kehidupan yang Sukar
Satu petua yang saya jadikan tabiat sebelum memulakan tugasan seharian ialah dengan membaca mutiara kata sebagai pemangkin semangat di blog utama saya. Ianya cuma kata-kata biasa yang terpancul (barangkali dengan cara tidak sengaja) dari tokoh entah siapa yang tidak saya kenali, namun ia cukup untuk membuatkan hari saya bertambah positif.
Kali ini saya ingin kongsikan satu hujah pedas yang kelakar. Masih saya ingat gelak tawa bersama beberapa orang rakan apabila membaca hujah ini. Hilai tawa mereka selepas jam enam membunuh segala kecelaruan kerja amat menyenangkan.
Sebahagian daripada mereka sudah tiada kini dan hati saya tidak boleh menipu bahawasanya saya rindukan saat-saat bersama mereka. Tidak mengapalah, dapat bertemu dan berkenalan dengan orang menyenangkan barangkali sudah memadai. Alhamdulillah...
Sungguh, setiap kali membaca sesuatu, saya akan berkongsi cerita bersama rakan-rakan yang berhampiran dengan tempat duduk saya. Syukur saya mempunyai rakan-rakan yang tidak kedekut untuk berkongsi. Dan kini saya mahu kongsi dengan anda pula...
"Life is tough, but it's tougher when you're stupid"
John Wayne
John Wayne
Kehidupan itu sukar, ia bertambah sukar jika anda bodoh. Saya terhibur mendengar kata-kata ini. Meski ia mempunyai unsur humor yang menggeletek jiwa namun terselit fakta sinis yang memedihkan.
Ouch~
hahaha..idaman, betul kata kamu..kata2 itu membuatkan saya ketawa..dan saya masih ketawa lagi di saat ini
ReplyDeleteHaha... Satu hujah yang cukup sengal :p
ReplyDelete