Rasa Kata

Kali ini saya ingin kongsikan satu kata-kata yang amat bermakna. Ayat ini saya dapat dari sebuah buku yang bertajuk P. S. I Love You. Buku ini merupakan himpunan kata-kata semangat dan motivasi yang cukup positif dari seorang ibu kepada anaknya.


Saya tidak memilikinya, sebaliknya Aliya yang meminjamkannya kepada saya. Terlanjur saya menyebut nama beliau, biarlah saya memperkenalkan sedikit sebanyak mengenai beliau di sini.

Aliya merupakan seorang pembaca dan penulis seperti saya juga. Beliau amat gemarkan buku, kerana buku adalah makanan jiwa baginya. Hampir setiap minggu beliau akan membawa buku baru dan jarang sekali saya melihatnya tanpa buku. Saya yakin koleksi bukunya sehebat perpustakaan...

Terlalu banyak kata-kata yang menarik untuk dikongsikan tapi biarlah saya petik salah satu yang menjadi kegemaran saya untuk renungan bersama.

" I have observed that too many of us are spending money we don't have to buy things we don't need to impress people we don't like."

P. S. I Love You, Page 71

Tidak perlulah kita membazirkan wang untuk *menunjuk-nunjuk pada orang yang tidak kita sukai. Saya sangat setuju dengan kata-kata ini.

Pernah saya dikeji tidak menawan kerna lebih cenderung menghabiskan wang untuk buku dari menghiasi diri. Kalau diikutkan perasaan, mahu sahaja saya habiskan gaji bulanan untuk membuktikan pada perempuan bermulut cabul lagi tidak berotak itu.

Bila saya fikir kembali, tiada gunanya saya terasa dengan kata-kata dari orang yang tidak berilmiah itu. Syukur saya punya otak. Kepada mereka yang pernah mengalami masalah sedemikian rupa, janganlah anda terasa hati dengan golongan dasar celaka ini. Buang masa sahaja.

Tapi saya ingin menukar ayat di atas sedikit dengan kata-kata sendiri...

"we don't have to impress people who doesn't love us"

Ya, usahlah kita membuang masa dengan orang yang tidak ada hati pada kita :)

*maaflah, saya tidak berjaya menterjemahkan perkataan impress yang sebetulnya.

Comments

  1. idaman, kamu telah berjaya membuat saya tergelak membaca entry ni..memang perempuan itu dasar cilanat yang tidak mempunyai otak..huhuh..menghabiskan duit untuk membeli buku, adalah lebih baik dr beli perhiasan diri.aku setuju!!

    ReplyDelete
  2. yang membezakan manusia dan haiwan adalah otak yg boleh berfikir. dan yang membezakan manusia dengan orang adalah ilmu pengetahuannya.

    ReplyDelete
  3. setuju..!! i had been in this situation ..
    pompuan yg sebegitu sllunye mmpunyai kecantikkan yg FAKE!..tuturkata juga FAKE! hanya tahu mengurat lelaki2 howt2..

    dan kpd perempuan2 yg meminati sesorg lelaki..xperlukah attract mereke dgn mmbuat perubahan yg drastik pada diri dan ttbe menjadi sesorang yg lain..just "be yourself" biar mereka jatuh chenta pada kecantikan dalama yg ada pada diri kita...lelaki yg hnya mmndang kcantiikan mereka hanya mahu mmpermain kan..bukan mencintai

    "biar mereka cintakan anda kerana anda"

    ReplyDelete
  4. ahahahaha~
    yaa... sy juga terketawa seketika..
    dan sy amat setuju dgn statement itu..
    karena, kite meng'impres' mcm mana pon, kalo org x suka, x suka jugak.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts