Mee Segera

Sering kita mendengar khabar angin bahawa Maggi itu mendatangkan kemudaratan seakan-akan ianya beracun. Tapi jarang sekali kita berterima kasih kepada maggi kerana ia adalah satu-satunya makanan yang sudi menemani tatakala digit akaun bank semakin merosot.

Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk membuat satu prosa moden yang tidak saya ketahui sama ada ianya puisi, sajak, mahupun lagu. Apa yang pasti, saya gembira ada maggi.

Maggi oh Maggi
Cepat dimasak sedap dimakan~!
Ini ialah rupa bungkusan maggi yang saya beli saat saya berada di Australia tidak lama dahulu. Usah gusar, kerana rasanya amat berbeza berbanding maggi Malaysia. Yang pasti lebih sedap... (Ada sayur juga) Nyum~

Disaaat perutku mendendangkan lagu
Dari keroncong ke rock, semuanya bersatu
Irama bercampur tidak menentu
Hatiku serabut tambah celaru
Hanya satu muncul difikiranku
Berlari ke dapur ke situ ku tuju

Tiada apa yang menarik boleh ku cari
Dapur bujang kosong dan sepi
Terlalu sibuk setiap hari
Memanglah payah nak dijadikan isteri
Itu semua tidakku peduli
Perut yang lapar tumpuanku kini
Dan alhamdulillah, aku jumpa Maggi~!

Air dijerang, perencah dimasukkan
Sayur dan mee jangan dilupakan
Tidak lama, hanya dua minit diperlukan
Cepat dan mudah untuk disediakan

Dengan Bismillah sebagai permulaan
Sup panas ku hirup tanpa paksaan
Nyam nyam aku nak makan
Rasa mee yang sangat tiruan
Perencah berajinomoto tapi menyelerakan
Oh maggi, kau memang rakan di kala kecemasan!

Selamat menjamu selera! :)

Comments

  1. sya suka konsep baru blog cik idaman... tapi megi yg kat australia tu ada cop halal tak?

    ReplyDelete
  2. saya suka iklan maggi baru.

    "Besar punya!"

    ReplyDelete
  3. "nyam nyam aku nak makan !"
    haha kelakar :P

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts