Buah dan Jus

Di dunia ini, saya dikelilingi oleh manusia-manusia yang hebat dan berilmiah. Sesungguhnya saya rasa bertuah kerana berpeluang untuk mengenali mereka. Dapat bertemu dengan orang-orang yang mampu menjana pemikiran saya menjadikan bab-bab dalam jalan cerita kehidupan saya lebih indah sangatlah mengujakan.

Sebelum saya bercerita dengan lebih lanjut, biarlah saya perkenalkan salah seorang rakan sepejabat yang cukup saya segani-Faren. Faren seorang yang penuh dengan maklumat dan pengetahuan-pengetahuan yang menarik.

Apa yang saya ingin kongsikan dengan anda semua ialah satu hujah dari beliau yang saya rasa cukup menarik dan bermakna. Saya tidak berapa ingat ayat yang sebetulnya, tapi kurang atau lebih beginilah bunyinya.

"... reading is like you eat the real fruit but watching the movie is like drinking the juice"

Hujah ini muncul ketika saya dan beliau berbincang mengenai buku dan filem. Sebagai seorang yang sukakan buku, saya akan cuba membaca terlebih dahulu sebelum menonton filemnya. Pada pandangan saya, kebiasaannya cerita dalam buku jauh lebih menarik berbanding filem.

Itulah dia. Membaca ibarat anda menikmati buah yang sebenar, manakala menonton filem ibarat menikmati jusnya. Saya sangat setuju dengan hujah ini.

Tapi, bila difikir-fikirkan semula... Minum jus sedap juga :)

Comments

  1. hurm..kalau saya, saya suka minum jus dlu..kemudian menikmati buah..bila dah tercekik, saya akan menikmati jus semula..dan baru la saya akan faham keseluruhan tentang buah itu..

    ReplyDelete
  2. saya suka minum teh o ais..xsuka jus

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts