Persamaan Berlian dengan Manusia

Jumaat lepas, Faren membantu dan mengajar beberapa perkara untuk mengendalikan Mac Mini saya. Maklumlah, beliau merupakan seorang pengguna apple yang tegar. Saya budak baru belajar... Walaubagaimanapun, terima kasih Faren :)

Sedang kami berbual (Mac talk yang mampu membuatkan orang sekeliling rasa meluat dan penuh rasa iri. Heh~), entah bagaimana hujah ini boleh muncul dari Faren. Menurut Faren, hujah ini datangnya dari salah seorang sahabatnya yang sukakan kata-kata hikmat dan madah pujangga yang berguna.

Lebih atau kurang beginilah hujah itu berbunyi...

"Diamond is the hardest material known. Diamonds are formed at high-pressure, and can only be scratched by other diamonds."

Betapa bernilainya berlian kerana ianya terbentuk dari tekanan yang amat tinggi. Sekiranya manusia juga mempunyai sifat seperti berlian-tahan akan tekanan; nescaya manusia tersebut kelak menjadi insan yang "berharga".

Fakta yang telah lama saya ketahui tapi tidak pernah terfikir metafora disebaliknya. Ini membuatkan saya insaf seketika. Saya seorang yang amat mudah stress dan cepat beremosi andai berada di dalam situasi tertekan. Apa yang lebih teruk, saya akan membuat sesuatu keputusan yang amat melulu tanpa berfikir terlebih dahulu.

Setelah mendengar hujah ini, saya nekad untuk menjadi lebih tabah dan bertahan dengan segala tekanan yang ada. Saya mahu menjadi insan yang "berharga".

Begitulah. Jadi, adakah anda juga berlian? Atau lebih layak menjadi kaca sahaja?

Saya mahu jadi berlian :)

Comments

  1. uuuuu...MAc Talk ye...klo aku ader kt situ mungkin aku akan turut serta menjadi panel dlm talk tu...hehhe..

    susah juga mau jd berlian..tp akhirnya sinar akan berkilau juga

    ReplyDelete
  2. Interesting perspective when u apply it to diri sendiri - "Adakah saya seorang 'berharga'"? Its a new perspective for me.


    This reminded me of a few verses of the Quran. Surah Ibrahim (Surah 14: Ayat 24-25)

    "A good word is like a good tree, whose root is firmly fixed, and its branches (reach) to the sky (i.e. very high).

    Giving its fruit at all times, by the Leave of its Lord and Allah sets forth parables for mankind in order that they may remember."



    Surah Ibrahim (Surah 14: Ayat 24-27) from http://iiu.edu.my/deed/quran/malay/14.html

    Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.

    Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).

    Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup.

    Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri); dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya.

    ReplyDelete
  3. kalau boleh saya juga mahu jadi berlian~berlian terberat..mungkin!ahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts