Seberapa Pantaskah Anda?

Entri kali ini merupakan satu entri yang sangat menarik tetapi paling sukar untuk saya karang. Saya mengambil masa yang agak lama untuk menterjemahkan perbualan seharian dalam bentuk karangan agar ianya lebih mudah untuk difahami.

Hujah kali ini datangnya dari teman sekerja saya-Nazmi. Pada pandangan saya, beliau merupakan seorang penggemar permainan elektronik (game) yang agak tegar. Dari permainan komputer ke PSP dan kini beliau memiliki PS3. Sungguh saya tidak mengerti minat lelaki pada zaman kini.

Sering saya berdebat dengannya mengenai game dan pembaziran wang. Beliau pula selalu bertanya dimanakah keseronokan mengumpul setem setiap kali melihat saya mengeringkan setem pada CPU. Biarpun persepsi kami terhadap minat masing-masing bercanggah, namun saya hormati pendapatnya.

Setiap kali kami berdebat, lazimnya satu kesimpulan yang amat berguna akan muncul. Inilah yang ingin saya kongsikan dengan kalian. Saya percaya semua penggemar game di luar sana pasti akan tersenyum dan bersetuju dengan hujah dari sahabat baik saya ini.

Menurut Nazmi, beliau telah mengetahui pelbagai perkara dari game yang dimainkan. Secara tidak langsung, setiap game mengajarnya untuk berfikir dan sedikit sebanyak ianya bersangkut paut dengan kehidupan seharian. Sebagai contoh, game lumba kereta.

Bayangkan, anda sedang memandu kereta A
Ada sebuah kereta B di hadapan dan sebuah kereta C di belakang anda
Kereta C di belakang sangat hampir dengan anda
Anda tidak membenarkan kereta C untuk mememotong anda
Dari mengejar kereta B, anda menghalang kereta C dari mengalahkan anda
Tanpa anda sedari, kereta B telah lama meninggalkan anda dan berada jauh di hadapan
Anda pula masih lagi menahan kereta C dan tidak sempat lagi untuk mengejar kereta B...

Situasi yang klise pada pemikiran saya. Disebabkan tidak mahu dikalahkan, manusia lebih cenderung untuk menghalang (atau dengan bahasa kasarnya "menjatuhkan orang lain") dari melihat apa yang patut dikejar. Permainan yang mudah, tetapi jika anda selami dengan lebih mendalam ada falsafah disebaliknya.

Hujah dari Nazmi ini sangat menghukum diri saya yang kerap kali lalai dalam sesebuah persaingan. Dari menghalang, lebih baiklah kita mengejar apa yang berada di hadapan. Mengapa perlu kita hiraukan apa yang mengejar di belakang? Kita seharusnya menggunakan peluang yang ada dengan sebaik-baiknya dan kejar apa yang sepatutnya di hadapan mata.

Saya tidak pernah terfikir bahawa sebegitu mendalam pemikirannya terhadap sesebuah permainan.

Barangkali ada baiknya bermain game :)

Comments

  1. oohh..idaman..sesungguhnya game sangat menyeronokkan!!itu saja kesimpulan saya..ahaha..

    ReplyDelete
  2. Hehe... Saya juga suka game, tp saya bukanlah seorang gamer yang tegar :)

    ReplyDelete
  3. kalau membaca buku seperti memakan buah dan menonton movie seperti meminum jus.. bermain game adalah seperti.. meminum jus yang kita hasilkan sendiri. memotong, mengisar dan minum.. (game2 yang ada jalan cerita pengalaman sya bermain game sebegini byk memberi maklumat berguna dan sangat membantu dalam kehidupan jika kita pandai membuat hubungkait.. tapi nak ikutkan buat apa2 pun termasuk yg kelihatan tak berfaedah.. akan berfaedah jika kita pandai menggunakan maklumat yg kita dapat dari aktiviti tersebut.. contoh.. nanti sya cari..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. hehehe~
    maen lah game...
    tanpa game.. hidup tak ceria..
    ini hanyalah pendapat dangerous guy...
    sbg contoh yg awk bg td, game lumba kereta...
    sy lebih cenderung untuk berpikir, bagaimana hendak mencilok kereta tersebut, tanpa ketinggalan jauh dengan kereta saingan di hadapan.. so sebelom sy mencoba terhadap kereta sy, ada baek nya sy cuba dalam game dahulu...
    hehe~ menarek bukan~

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts