Fasa Baru

Bulan Julai merupakan bulan yang paling menekan pada setiap tahun buat saya. Entah kenapa saya merasakan bulan Julai merupakan fasa hijrah untuk saya, barangkali bulan Jun merupakan pertengahan tahun untuk kita semak semula apa yang telah kita kecapi selama enam bulan. Bila sudah masuk penggal kedua, mungkin kita perlu membuat pelan tindakan sebelum tiba di penghujung tahun.

Yang sebenarnya, selepas ini saya akan menamatkan kontrak saya selaku tenaga pengajar. Akhirnya, setelah lima tahun, saya akhirnya akur dengan keputusan ini. Oleh itu, saya kini berhadapan dengan pelbagai kemungkinan yang tidak pasti. Saya pernah berhenti kerja pada 2016, dan perasaan celaru itu datang kembali. Entah apa yang akan jadi selepas ini.


Hiasan di meja pejabat sebelum saya pindah.


Tapi saya yakin akan ada yang lebih baik selepas ini. Allah itu sebaik-baik perancang bukan?

Comments

Popular Posts