Memburu Sejarah III: Chee Mansion, No. 117
Terletak bersebelahan The Baba House Boutique Hotel dan berhadapan dengan Hotel Puri, inilah dia bangunan yang paling agung di sepanjang Heeren Street - Rumah Agam Chee
Sesiapa sahaja akan menghentikan langkah apabila ternampak bangunan yang terlampau indah ini. It is illegally surreal to have this kind of building in this century. Sorry, I just have to be a little extra sometimes. Saya berhenti di bawah terik mentari petang melihat rumah agam ini. Sekali pandang nampak macam gereja, bila direnung lama sedikit, saya rasa berkemungkinan besar The White Queen dari kisah Alice in Wonderland menetap di sini. Makin lama saya lihat, bangunan ini mengingatkan saya kepada sekolah Cina lama saya di Seremban. Barangkali sebab warnanya putih. Saya cuba untuk Google tapi malangnya tiada imej bangunan lama sekolah yang saya jumpa.
Rumah agam ini dibina oleh Chee Swee Cheng εΎει, mendedikasikan rumah ini kepada bapanya Chee Yam Chuan. Sebab itu rumah ini juga dikenali sebagai Chee Yam Chuan Temple atau Chee Ancestral Home. Walaupun ada perkataan temple, ini bukanlah bermakna ini tempat penyembahan. Pada pemerhatian saya sejak dari kecil, orang Cina sangat menghormati dan mengenang jasa nenek moyang mereka. Ini kerana mereka dapat hidup senang pada hari ini atas usaha dan kerja keras generasi sebelumnya. Apa yang boleh saya katakan di sini, rumah ini ialah rumah turun temurun untuk generasi seterusnya mengenal dan menghargai darah daging mereka dengan lebih dekat.
Lahir pada 13 Disember 1866, Chee Swee Cheng atau lebih dikenali sebagai Baba Chee, merupakan generasi keenam menetap di jalan ini. Apabila melihat rumah ini, saya yakin keluarga beliau adalah yang terkaya di waktu itu. Baba Chee adalah seorang taikun dermawan yang juga merupakan pengasas ataupun pengerusi pertama OCBC bank. OCBC bank satu ketika dahulu mendapat jolokan bank Orang China Bukan China. Hahahaha! Saya rasa kelakar bila dapat tahu fakta ini. Di zaman sekarang CIMB Bank mendapat gelaran Cina India Melayu Bank. Teehehe... :)
Kalau anda nak tahu, keturunan Peranakan adalah keturunan bangsawan sebenarnya. Tun Tan Cheng Lock, jiran kepada Baba Chee adalah Peranakan dan hasil dari kajian saya, Tun Tan Cheng Lock tidak boleh berbahasa atau dialek Cina. Saya rasa subjek sejarah akan menjadi lebih seronok sekiranya ada fakta-fakta menarik sebegini. Rasa lebih personal dan dekat dengan tokoh-tokoh negara.
Saya tiada kawan atau kenalan yang datang dari keturunan Peranakan. Sebab rata-rata kawan berbangsa Cina saya tidak boleh bertutur bahasa ibunda kerana sejak dari kecil, mereka telah dididik dalam bahasa Inggeris. Tidak pernah saya tahu bahawa keturunan Peranakan adalah generasi yang begitu hebat. Rasanya masih banyak lagi yang saya tidak tahu.
Bila tanya pada penduduk setempat apa beza antara orang Cina dengan Peranakan, mereka kata dari segi rupa sebenarnya sama sahaja. Cuma orang Baba dan Nyonya bertutur dan sangat fasih berbahasa Melayu. Peranakan ialah gelaran yang diberikan kepada orang Cina yang lahir di Peninsular Malaysia pada pertengahan abad ke-19 dan awal abad ke-20.
Saya tertanya-tanya, ada orang yang menjaga rumah ini atau ini merupakan penempatan tetap atau muzium semata-mata? Nak kata muzium, tak boleh masuk. Secara jujurnya, saya teringin sangat nak melihat hiasan dalaman rumah ini selepas puas berjalan dalam The Baba House Boutique Hotel. Saya nampak ada sebuah kereta masuk ke perkarangan rumah ini di waktu pagi. Pasti ada penghuni bukan?
Bila saya ikut laluan belakang rumah di sebelah petang, saya membuat kesimpulan bahawa rumah ini berpenghuni sebenarnya. Ini kerana saya berkesempatan untuk melihat beberapa buah kereta apabila pintu pagar automatik dibuka. Sebaik sahaja pengawal nampak kami lalu, cepat-cepat ianya ditutup semula. Kalau ikutkan hati, memang nak ambil gambar. Tetapi atas dasar hormat dan privasi, saya tidak melakukannya.
Kalau ada rezeki, harap dapat buat kajian untuk mengenali rumah ini dengan lebih mendalam. Saya harap rumah ini kekal sampai bila-bila untuk tatapan semua generasi akan datang.
Jumpa di entri seterusnya! :)

Cantik sungguh rumah ini. Lagi cantik kalau dua buah motor itu tiada dalam gambar ini huhuhu...

Comments
Post a Comment