Memburu Sejarah I: Prolog

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pembaca semua :)

Sempena cuti Pekerja, saya dan suami mengambil keputusan untuk bersiar-siar di Melaka. Ayah saya orang Masjid Tanah Melaka, kampung di Masjid Tanah masih ada, saya merupakan alumni UiTM Lendu, namun saya tidak pernah punya kesempatan untuk meneroka bandar bersejarah ini.

Semasa menuntut di UiTM Lendu dahulu, saya punya cita-cita untuk meneroka semua muzium yang terdapat di negeri ini. Tapi malangnya saya lebih sibuk dengan tugasan dari menikmati zaman diploma. Kalau tidak silap, terdapat lebih dari 20 buah muzium di Melaka, dalam masa seminggu, belum tentu habis nak lawati kesemuanya.

Saya di hadapan kedai Red Handicrafts: Seni Kaligrafi dan Seni Menggunting Kertas amat saya minati, malangnya kedai ini sudah tutup kerana kami agak lewat tiba

Pada awalnya kami ke sini atas urusan kerja, tetapi disebabkan cuti dan tiada wakil bertugas, kami teruskan juga percutian tetapi dengan misi "Memburu Sejarah". Selaku peminat sejarah, saya rasa lebih teruja melihat dan menilai Melaka dari persepsi yang berbeza.

Percutian bajet selama tiga hari dua malam ini penuh bermakna kerana kami lebih banyak menghabiskan masa dengan berjalan, membuat kajian, menemu ramah penduduk tempatan (Heeren Street: atau Jalan Tun Tan Cheng Lock) dan melihat senibina lama Peranakan.

Melaka sebenarnya lebih dari sekadar Jonker Walk, lebih dari sekadar beca yang dihias dan bermuzik, lebih dari sekadar pemodenan yang ada ketika ini. Saya rasa sedih apabila melihat Melaka seolah-olah sebuah taman tema. Oh, barangkali ini merupakan simptom sudah meningkat usia. Hahaha!

Nantikan entri yang seterusnya. Saya ingin memuat turun gambar terlebih dahulu :)



Comments

Popular Posts