Mendung

Berkepul-kepul awan hitam di atas kepala
Entah bagaimana hendak mengusir awan ini pergi
Atau sememangnya dia telah lama ada tanpa saya sedari
Dengan erti kata lain, hari ini saya kurang gembira

Ada lagu berbunyi "kalau rasa gembira tepuk tangan"
Tapi tiada lagu yang mengajar apa yang perlu dilakukan jika kurang gembira
Nampaknya perasaan kurang gembira itu memang tidak diraikan
Sungguh tidak adil, bukankah disebalik tawa itu ada duka?

Haih…

Apa yang boleh dilakukan untuk hati yang sungguh rusuh ini?

Jawapannya…


Terima kasih aiskrim kerana melegakan rasa walau seketika
Makanan manis memang terapi yang melegakan
Tapi selepas makan ada rasa sedikit kekesalan
… Ah! Persetankan!

Apa yang akan anda lakukan jika rasa kurang gembira?

Comments

  1. Kalau aku kurang gembira, aku tenung dinding lama2. Ntah kenapa otak aku ni macam ada auto-switch ntuk start look on the bright side tanpa disuruh2. Kalau tahap kegembiraan aku sangat kurang, mungkin akan berlaku kes di mana lidah aku terasa almond bercampur kepingan coklat dan krim putih perisa vanilla dan hati aku berbisik "makin gemuk la kau fitri..." tapi apapa pun, aku akan terus cuba.. cuba merasa gembira... sampai bila-bila.. Insyallah. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts