Kelas Apresiasi Filem
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca semua. Nampaknya saya sudah lama tidak menulis sesuatu yang bermanfaat dalam blog ini. Disebabkan saya sedang giat memasak dan berkongsi di blog lama, saya juga ingin membuat satu projek untuk blog ini.
Saya mahu kongsikan salah satu aktiviti sihat di Les' Copaque Production. Di Story Department, kami akan mengadakan kelas "Movie Appreciation" seminggu sekali. Mengapa perlu adakan kelas begini? Hohoho, ada banyak sebabnya, antaranya ialah:
1. Mengkaji bahasa filem
2. Menganalisa sesebuah filem dengan lebih terperinci tidak kiralah dari segi jalan cerita mahupun teknikal
3. Memperbaiki animasi untuk projek seterusnya
4. Belajar untuk menghargai sesebuah filem (semestinya)
Dan banyak lagi kebaikan sebenarnya. Saya akan mulakan dengan filem pendek dari Pixar yang bertajuk Partly Cloudy. Sebelum saya mula berkongsi pendapat saya dan input yang saya peroleh dari rakan-rakan sepejabat yang lain. Saya sarankan anda untuk membuat analisa terlebih dahulu.
Kepada mereka yang tidak pernah menonton filem pendek ini, saya sangat-sangatlah menggalakkan anda untuk menontonnya sekarang. Baiklah, catitkan pendapat anda dan saya akan kongsikan pendapat saya pada entri akan datang. Daa~ :p
Comments
Post a Comment