Ellie

Ini ialah Ellie (dari filem Up) yang dilukis oleh saya pada awal tahun ini (untuk mengetahui mengapa saya melukis ini, boleh baca di sini). Saya memilih watak ini kerana watak dan perwatakannya meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam hati saya sebagai penonton.

Kemunculannya hanya seketika pada bahagian permulaan cerita. Biarpun seketika, detik-detik Ellie bersuara serak basah itu dan berkenalan dengan Carl hinggalah Ellie menghembuskan nafasnya yang terakhir (dengan iringan skor muzik yang masih terngiang-ngiang dalam kepala ketika menulis ini), membuatkan dia diingati sepanjang cerita.

Media: Pensil, drawing pen 0.1 - 1.0, marker Prisma

Secara tidak langsung penonton akan "membesar" bersama kisah percintaan antara Ellie dan Carl dalam filem Up ini. Saya amat mengagumi Pixar yang amat berani mengambil risiko menggunakan gabungan dua generasi (golongan emas dan kanak-kanak) dalam satu filem, kalaulah saya seberani dan sekreatif itu... Kepada mereka yang masih belum menonton filem ini, silalah mencari inisiatif untuk menontonnya.

Inilah hasilnya setelah dipaksa oleh Yuki. Entah bila saya akan menyumbangkan lagi lukisan agaknya? :p

Comments

Popular Posts