Dilaknat Tanpa Sedar

Hujung minggu lepas, saya pulang ke Seremban setelah hampir sebulan tidak pulang. Di rumah, keluarga saya sering menonton televisyen bersama. Pada hari Sabtu tengah hari, saya, adik, abang (adik lelaki saya) dan juga mama menonton bersama.

Saya menekan butang 711 untuk menonton Junior Master Chef Australia yang menjadi rancangan kegemaran saya buat masa ini. Namun begitu, rancangan kegemaran saya itu tidak ke udara dan ketika itu siri tv Glee yang telah memasuki musim kedua sedang bersiaran (kalau tak silap episod 7 rasanya).

Glee, lebih dari sekadar hiburan

Tanpa begitu cerewet, saya dan adik perempuan saya terus menonton tanpa menukar/mencari rancangan lain. Kepada mereka yang tidak tahu, Glee merupakan siri tv muzikal yang menjadi kegilaan muda-mudi zaman kini. Secara jujurnya, formula nyanyian dalam siri ini amat menjadi namun ia tidak begitu menarik pada saya kerana ianya terlalu "liberal". Sedang kami menonton, saya pun mengeluarkan komentar.

Saya: Hish, benci betul tengok characteristic Rachel tu.
Adik: Haah, dahlah gedik, jahat pulak tu.
Saya: Dia bukan jahat, perangai dia * ok...
Adik: Hahaha!
Abang: Hei, dah cerita dia macam tu. Dia berlakon je.
(Nampak sangat dia minat siri ini)
Saya: Sudahlah kau... Pbbt~

Hinggalah Kurt yang homoseksual itu muncul dan menatap wajah pasangannya yang berwajah secantik perempuan-Blaine di lokernya (dan apa yang terjadi seterusnya ada baiknya tidak saya nyatakan di sini). Mama yang tadinya diam sambil melipat kain mencelah.

Mama: Cerita Glee ni tak senonoh betul. Dahlah banyak cakap pasal gay,
homoseksual. Ni semua nak kena laknat ni...

Lepas mama bersuara, kami semua terdiam dan saya dengan automatiknya menukar rancangan. Saya yakin dalam hati kami menghukum diri sendiri kerana menonton rancangan ini. Kepada mereka yang merasakan pengisian siri ini menarik, barangkali anda perlu pertimbangkan semula.

Tidak dinafikan pengaruh nyanyian dalam Glee amat "viral", tetapi tontonlah sekadar hiburan sahaja. Jangan sesekali membenarkan (mungkin menghalalkan) perbuatan yang salah yang diterapkan dalam setiap episod. Sekiranya anda rasakan pengisiannya normal, anda harus tahu bahawa anda sebenarnya telah dilaknat tanpa sedar.

Comments

Popular Posts