Taman Permainan Saya

Selepas Robo Buddy, saya semakin seronok melukis dan menggunakan marker. Saya mengambil keputusan untuk melukis ruang kerja saya dan berkongsi bersama anda semua. Saya menamakan ruang kerja saya sebagai Playground yakni Taman Permainan.

Tersebutlah Al-Kisah...

Ratu Benci merupakan pemilik mutlak tanah Playground ini. Jangan salah sangka, ini bukanlah Taman Permainan yang biasa. Ada juga yang menyangka ini adalah kedai yang menjual barangan magis putih di LCP.


Ratu Benci berjiran dengan Ratu Salji (Aliya). Ratu Benci amat gemar membaca, hidupnya tiada seri tanpa buku disisi. Oleh itu, buku ataupun kitab adalah satu kemestian. (Bukan sekadar hiasan, saya memang suka membaca.) Himpunan buku-buku yang disusun mengikut ketinggian ini dinamakan Mount Wisdom. Mount Wisdom terletak di bahagian timur Playground.

Barangan di tanah jajahan Ratu Benci ini mempunyai kuasa sakti yang tidak dapat digambarkan dengan logik akal. Cookie Mirror yang mampu mengelirukan ilusi mereka yang lapar, Ayam Penyet yang lembut tetapi tidak boleh dimakan, Cop Mohor yang mempunyai ukiran kod aneh dan macam-macam lagi.

Antara barangan yang menjadi sebutan ialah Goblet yang dihiasi dengan corak hati disekelilingnya. Aneh, bukan? Hanya dengan meminum sebarang cecair dari Goblet ini sahajalah yang dapat membuahkan rasa sayang di hati Ratu Benci.

Khabar angin mengatakan, Ratu Benci punya minyak pengasih yang sangat mujarab. Menurut Raja Pemburu (Keng Sun) yang pernah menggunakannya, dia menjadi mabuk kepayang terhadap dirinya sendiri kerana mencalitkan sedikit pada dirinya dan bukan pada orang yang dikasihinya. Akhirnya dia pening dan tidak mampu menggerakkan karektor Upin & Ipin saban hari.

Selain dari barangan magis, terdapat rakyat jelata yang menghiasi Playground yang indah ini. Seperti yang anda lihat, si koala perang Boomer berpaut erat pada monitor. Boomer sebenarnya takutkan ketinggian, namun dia sukakan pemandangan yang luas. Walaupun gayat, dia tetap memberanikan diri untuk memanjat monitor dan akhirnya tidak berjaya untuk turun kembali.

Di bahagian Barat, di atas Tanah Rata Buah Larangan, Mozzarella yang comel tetapi ganas ini tersenyum gembira bersama senapang kesayangannya. Mozzarella diberi kepercayaan untuk menjaga Tanah Rata Buah Larangan. Ratu Benci menyimpan hasrat untuk membeli Buletto pada bulan hadapan agar Mozzarella tidak berasa kesunyian.

Di pinggir Keyboard Street, tinggal pasangan arnab yang 'retard' bernama Bon-bon dan Puny. Bon-bon diberi kepercayaan untuk menjaga sistem syiling klasik dan antarabangsa manakala Puny merupakan menteri kewangan 50sen moden.

Sebenarnya ada banyak lagi barangan yang menarik di Playground ini. Setakat ini sahaja buat tatapan anda untuk kali ini, akan saya perkenalkan anda semua dengan Bubba Baa Baa dan Bola 8 Sihir Kegelapan pada entri akan datang.

Penulis skrip juga boleh melukis :)

*Monitor saya sebenarnya tidaklah sesenget itu dan papan kekunci saya tidaklah seteruk seperti illustrasi yang saya hasilkan. Secara jujurnya, saya rasakan illustrasi original jauh lebih baik kualitinya berbanding di sini. Huhuhu...

Comments

  1. Ratu Salji la? Ahahahahaha.

    Awesome details. More! More! =D

    ReplyDelete
  2. I'm sorry Idaman, but that's not a drawing---that's a photograph. It's way too stunning to be a drawing.

    ReplyDelete
  3. Kenapa sehari dua ni kamu asyik bermain di luar kawan playground ni? Apa? Sebab mac mini tu taklah hebat mana? Ooohh... begitu...

    ReplyDelete
  4. ahaha, zaid .IdaM! I love the details you did on the drawing!!! keep it up, IdaM!

    ReplyDelete
  5. Aliya: Yerp, Ratu Salji... Woo~ Dingin...
    Adam: Ya, ya saya sedang melukis lagi :)
    Aidi: Thank u ;p
    Rezonance: Playground orang lain seronok juga! Bwek~
    IdaR: Thank you, am trying (^_^)"
    MediaHorizon: OMG jugak
    Barney-Bovelan: Time kasih...

    Kesimpulannya, saya masih malas nak masukkan ini dalam deviantart :p

    ReplyDelete
  6. jelesnya..saya tak punya suma barang ini..meja saya terlalu sempit..huuu~

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts