Robo Buddy
Dua hari lepas, Akumarusan menceritakan kepada saya mengenai mesin penyedut hampagas di rumahnya. Mesin itu juga boleh dikategorikan sebagai robot kerana ia menjalankan tugasnya yang telah ditetapkan dengan penuh dedikasi. Nama robot tersebut ialah Picabot (kalau tak silap, model ini jauh lebih baik dari i-Robot Roomba).
Entah kenapa saya begitu terdorong untuk menghasilkan robot sendiri. Lagipun, sudah lama saya tidak melukis dan beg berisi marker terbiar begitu sahaja setelah tamat belajar. Asyik menekan papan kekunci dan menulis, bosan juga sebenarnya. Setelah dua hari bertungkus lumus, akhirnya saya berjaya menyiapkan lukisan robot yang tidak seberapa ini.
Maafkan saya kerana lukisan saya yang tidak berapa menarik ini. Warna juga flat. Ketika menuntut diploma dahulu, saya pernah ditegur oleh pensyarah kerana tidak cekap untuk render dengan begitu baik. Pensyarah tersebut mengatakan bahawa saya tiada nafsu kerana hasil render yang terlalu flat. Alangkah sedihnya...
Walaupun segan, tapi saya tetap mahu kongsikan dengan anda semua. Inilah dia Robo Buddy!
Media: Pensil stabilo 2B, pen lukis, marker Prisma.
Saya sukakan robot primitif. Cukuplah sekadar kecil, comel dan menghiburkan. Sedang saya melukis robot ini, ada yang menegur kerana rupanya tidak secerdik R2-D2 dan tidak segah Optimus Prime. Persetankan itu semua, kerana robot yang terlalu hebat dan bergaya seperti Transformers amat menakutkan saya (tapi saya sukakan Star Scream kerana namanya terlalu awesome).
Robo Buddy tidak mempunyai mulut, namun masih boleh mengeluarkan suara, kerana pepatah Melayu ada mengatakan "Sebab mulut badan binasa". Sesuai dengan namanya "Buddy", ia boleh dijadikan teman untuk bermain, dan di badanya terdapat ruang yang boleh menyimpan barang.
Apa yang penting, Robo Buddy amat bertanggungjawab dengan tugasnya sebagai penjaga masa. Disebabkan saya punya masalah subuh gajah, jadi saya perlukan bantuan untuk mengejutkan saya bangun dari tidur. Andai Robo Buddy gagal membangunkan saya dengan cara yang lemah lembut, ia akan memberikan kejutan elektrik supaya perkara seperti subuh gajah mahupun subuh dinasour tidak berulang.
Haih... Kalaulah Robo Buddy benar-benar wujud...
saya pun ade masalah subuh gajah :(
ReplyDeletep/s-ke yi kan zhong wen zhi,dan shi hen cha le.
correction: pica-Bot menggunekan teknologi yg same dgn Rumba...
ReplyDeletelagi satu: sile update Deviant art anda yg telah bersawang itu dgn lakaran di atas....
ahahaha~
ReplyDeletemenghiburkan...
sy lg prefer seorang pembantu rumah yg comel paras rupanya.
idaman..comel!!
ReplyDeletesketch kamu dulu kini selamanya mmg comel lahh! :)
ReplyDeletesaya suka!
ReplyDeletePer Pia: 哦。。。要多多练习就可以啦~
ReplyDeleteAkumarusan: Hehe... Deviant art untuk orang yang hebat je... Saya tak layak :p
Razuri: Anda memang tak pernah suka objek yang tiada nafsu :p
Nurul: Terima kasih kerana mengatakan saya comel ;p
Sha: Terima kasih lagi :)
AddamBlack: Saya suka juga :)