Proposal Dibalas

Sudah hampir seminggu tidur saya tidak lena. Jangan tanya, saya sendiri tidak tahu apakah sebabnya. Disebabkan tidak dapat tidur, saya mengambil keputusan untuk menulis sesuatu keajaiban yang berlaku pada saya hari ini.

Pernahkah anda punya satu masalah yang terlalu remeh tetapi anda rasakan ianya masalah yang terlampau besar? (Macam dalam iklan Maggi-besar punya!) Seolah-olah tiada siapa yang dapat memahaminya dan konon-kononnya andalah orang yang paling malang di dunia?

Oh, saya benci pemikiran sedemikian rupa. Dan saya juga cuba mengelak dari perasaan seperti itu mengisi ruang cepu fikir dengan lebih banyak membaca. Membaca adalah semacam escapism bagi saya. Lagipun, sama ada anda setuju atau tidak, buku adalah kekasih yang tidak pernah merajuk apabila dimadukan. Heh~

Seandainya perasaan itu menjelma, saya akan berdoa mohon diberikan petunjuk. Tidak kiralah, kala sujud, selepas solat, sebelum tidur, sebaik sahaja bangun, bila-bila sahajalah.

Hari ini Allah s.w.t telah memberi satu petunjuk kepada saya. Ianya sungguh jelas. Saya sedar proposal saya sudah dibalas. Alhamdulillah. Sungguh, Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang.

"If Allah helps you, none can overcome you. If He forsakes you, who is there, after that, that can help you? In Allah, then, let believers put their trust." - Al-Imran, 3:160.

Doa merupakan senjata terhebat. Percayalah.

Allah itu Maha Mengetahui :)

Comments

Post a Comment

Popular Posts