Tarikh Bersejarah
Adakah anda punya masalah mengingati tarikh-tarikh istimewa? Saya juga mempunyai masalah sedemikian rupa. Ingin saya kongsikan satu petua untuk mengigati sesuatu tarikh dengan lebih baik dan pada masa yang sama, menambahkan ilmu pengetahuan.
Hadiah tahun ini ialah sebuah beg jenama LeSportsac dari rakan-rakan dan sekeping kad pop-up dari Faren :)
Saya pernah bertemu dengan seseorang yang dapat mengingati tarikh lahir saya dengan baik. Beliau merupakan seorang penggemar sejarah perang dunia kedua, juga penyokong kuat Axis. Sebaik sahaja beliau mendapat tahu bahawa hari jadi saya jatuh pada 8hb Disember, lalu terbitlah peristiwa-peristiwa sejarah dari mulut beliau. Berikut merupakan beberapa peristiwa yang berlaku pada 8hb Disember:
Pearl Harbour diletupkan
Tentera berbasikal Jepun mendarat di Tanah Melayu.
Beliau mengatakan saya ini penuh dengan estetika peperangan. Saya tidak tahu reaksi apakah yang harus saya tunjukan kala mendengar kata-kata sedemikian rupa. Entahkan ayat itu sesuatu yang positif entah sebaliknya. Apa yang pasti, saya kagum dengan pengetahuan beliau yang cukup hebat dalam sejarah.
Saya juga berkongsi tarikh lahir yang sama dengan ibu kepada teman baik saya Zul. Ibunya Pn. Aishah Adam, seorang perunding warna bangunan yang cukup saya segani. Tidak saya ketahui sama ada ini adalah suratan ataupun kebetulan, saya dan beliau mempunyai perwatakan, dan semangat yang hampir sama. Andai tidak keterlaluan, ingin saya menggerlarkannya tokoh kerana beliau merupakan seorang wanita yang hebat di mata saya. Selamat hari jadi auntie :)
Dengan cara mengingati peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah juga membuatkan kita lebih mudah mengingati satu tarikh.
Ingin saya akhiri entri kali ini dengan hadiah di luar jangkaan saya.
Yeay~! Saya menjerit dan melompat keriangan apabila mendapat lukisan ini. Terima kasih AddamBlack :)
Dilukis oleh Sarah Joan yang teramat-sangatlah saya kagumi. Pernah beberapa kali saya bersua muka dengannya. Namun disebabkan perasaan segan yang melampau, serta-merta saya hilang bicara. Begitulah perasaan saya setiap kali bersemuka dengan orang yang saya puja. Entah mengapa perasaan kalut menerpa. Saya harap dapat bertemu dan berkomunikasi dengan beliau di lain masa, dalam keadaan yang lebih bersedia.
Nampaknya penulisan saya sudah melalut entah ke mana. Maafkan saya. Terlalu banyak yang ingin saya celotehkan pada anda semua. Inilah akibat tidak menyusun plot dengan baik dari awal. Tidak mengapalah...
Bila difikirkan semula... Ya, saya sudah tua :p
hepi besday idaman!
ReplyDeleteglad you like it idaman. you deserves it!
ReplyDeletewow.. sarah joan.. huhuh...
ReplyDeleteTo Nurul: Sankiu~!
ReplyDeleteTo AddamBlack: Thank u again Addam~!
TO Mediahorizon: Yes, Sarah Joan. Ada jmpe dia masa Kre8tif talk haritu. Tapi segan sgt2 nak tegur... Huhu (><)