Demi Masa

Apabila saya berada di rumah, saya lebih banyak menghabiskan masa dengan membaca dan melukis. Bila sudah bosan, terbit satu perasaan jauh dari sudut hati mengatakan: "kalaulah ada lebih masa, mesti aku boleh bla bla bla..." Saya yakin bukan saya seorang sahaja yang berfikiran sedemikian rupa. Jadi saya ingin mengetengahkan isu ini dengan satu hujah yang saya dengar lama dahulu.

Manusia sering memberi alasan tiada masa. Tapi tidakkah mereka sedar? Dengan masa yang sedia ada pun kita gagal memanfaatkannya sebaik mungkin. Andai Tuhan memberikan lebih masa, sudah tentu hidup akan bertambah kucar-kacir. Pada mereka yang tidak bijak membahagikan waktu dan suka memberi alasan "tiada masa" adalah golongan yang tidak tahu bersyukur...

Kata-kata itu amatlah menyentap jiwa saya yang amat suka memberi alasan sedemikian rupa. Ini adalah peringatan untuk diri saya sendiri juga. Masih boleh bangun dari tidur, diberi nyawa untuk bernafas, peluang untuk bertaubat, bertemu dengan manusia yang hebat serta melakukan pekerjaan impian adalah satu nikmat pada hari ini. Ternyata saya gembira dengan apa yang saya ada kini...

Saya akan cuba memanfaatkan masa sebaik-baiknya :)

Comments

  1. hurmm..saya juga suka memberikan alasan sedemikian rupa.Kerana sememangnya saya tidak pandai membahagikan masa..dan saya punya masalah besar dengan yg bernama MASA..tulun~

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts