Hari Ini Hari Gembira

1 November 2009, merupakan hari gembira buat semua. Zaid telah diijabkabulkan dengan pilihan hatinya Azy. Pada tarikh yang sama juga, (tiada ribut, tiada taufan) merupakan hari pertunangan Sallyna dan Firdaus Teddy (maaf, akan saya perbetulkan nama sebenar tunangnya).

Beberapa hari sebelum tarikh di atas tiba, saya mengambil kata-kata dari novel Rahsia Ummi karangan Faisal Tehrani dan menjadikannya sebagai status YM saya.

"Jangan bercinta, cinta itu sakit."
Rahsia Ummi, Muka surat 41

Pada saya cinta itu sememangnya indah, juga harus beringat kerana ianya menyakitkan. Zaid (yang berdarah manis ketika itu) terbaca kata-kata tersebut lantas menegur dan mengatakan bahawa...

"cinta itu sakti"

Kerana bukti kesaktian cinta telah berlaku terhadapnya.

Saya cuma tersenyum dan ketawa kecil dalam hati. Hujah pendek yang ikhlas dari beliau mempunyai ketumpatan yang amat padu. Suka hati saya mendengar kata-kata tersebut dan hati saya mula berbicara...

Hati saya berlagu ria
Seakan musim bunga telah menjelma
Saya yakin yang lain juga sama
Sungguh, hari ini semua gembira
Barangkali tertekan juga
Kerana sibuk mengira usia
Tapi tidak mengapa
Masanya akan tiba jua

Begitulah hebatnya kuasa cinta
Meski mereka yang bercinta
Pengakhiran cerita cinta mereka yang indah
Turut dirasai semua
Nyata semua gembira

Tahniah. Selamat pengantin baru buat Zaid dan Azy-Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Buat Sal dan Firdaus Teddy, Selamat bertunang-Semoga bertemu hingga ke jinjang pelamin.

Kepada mereka yang bercadang untuk dirikan masjid, saya doakan kebahagiaan kalian juga. Amin~

Ya, cinta itu sakti :)

Comments

  1. bilakah kesaktian itu akan muncul pada saya?

    ReplyDelete
  2. Ia akan berlaku. Sama ada cepat atau lambat sahaja. Saya juga tertanya-tanya bile... Hehehe :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts