Lampu Jenama Sendiri
Assalamualaikum dan salam sejahtera :)
Inilah sebab utama mengapa Projek Hujung Minggu saya ditangguhkan buat sementara waktu. Buat pengetahuan pembaca semua, saya punya hobi bermusim dan tabiat yang sangat unpredictable. Sekejap dalam mood memasak, sekejap menjahit, sekejap lagi menulis, adakalanya demam main alat muzik pula tiba. Jangan tanya mengapa, saya sendiri tak tahu mengapa saya begini. Ramai teman rapat menganggap ini adalah symptom tak reti duduk diam.
Telah saya umumkan di blog lama, saya sedang sibuk melukis. Saya sedang sibuk menconteng lampu dengan jenama saya iaitu "Spread L♡ve!". Ketika sedang menuntut di universiti, saya amat menggilai Tokidoki yang dihasilkan oleh pereka Itali yang fasih berbahasa Jepun iaitu Simone Legno. Sedikit sebanyak saya meniru stroke dan design Simone Legno.
I actually wanted to use the word Surreal instead of Cereal. However the space seems so limited and I just use Cereal instead. Oh well. Looks good, too. Let's Spread some L♡ve bebeh! :D
Ketika pertama kali Tokidoki muncul pada beg LeSportsac, saya terus jatuh cinta dengan rekaan beliau dan terus berangan ingin memiliki jenama sendiri. Dengan tidak semena-menanya, "Spread L♡ve!" pun wujud. Mengapa "Spread L♡ve!"? Kalau nak tahu, boleh tanya saya secara peribadi :p
Saya menggunakan pensil, pemadam, pen CD (pen yang digunakan untuk menulis di permukaan cakera padat), marker grafik prisma dan marker Sharpie. Selalunya, saya akan menggunakan marker grafik Prisma, tapi malangnya permukaan plastik tidak sesuai dengan marker ini. Marker Prisma amat menyerlah di atas permukaan kertas berbanding marker grafik yang lain, tetapi tidak di atas plastik. Warnanya kusam dan "tidak melekat", habis comot tangan saya dibuatnya.
Jadi, Adam menyarankan saya untuk menggunakan marker Sharpie. Warna marker Sharpie juga cantik, dan nampaknya berkesan di atas apa-apa permukaan sahaja. Disebabkan terlalu teruja untuk menyiapkan lampu ini, saya terus membeli semua marker Sharpie yang terdapat di pasaran. Buat masa ini Sharpie hanya mengeluarkan 24 jenis warna sahaja. Tiada nama warna terdapat pada badan marker, ini menyukarkan saya untuk mengenalpasti warna apa yang sesuai untuk digunakan.
Colourful stuff really inspires me to draw! Nyummeh!
Tahap keyakinan saya masih belum cukup tinggi apabila melukis. Saya lebih selesa melakar dengan menggunakan pensil terlebih dahulu sebelum menggunakan pen/ marker. Tapi illustrasi yang terdapat pada bahagian atas lampu itu saya terus menggunakan pen.
This is how the lamp looks like when you turn the lights on. Can you see me there? Hehehe... It's raining chocolates and marshmallows but the birds are happy and cinnamon roll hill sings!
Sehingga ke hari ini, saya masih belum siap merender lampu ini. Speed drawing saya juga semakin perlahan dan tidak selaju dahulu. Mungkin kerana sudah lama tidak berlatih, sebab itu semakin berkarat. Saya harap saya akan terus melukis walaupun sibuk menulis. Huhuhu...
Baiklah, jumpa lagi di entri yang seterusnya nanti. Saya mahu keluar jogging dahulu :)
Comments
Post a Comment