Gembira untuk Kawan
Sedang saya sibuk mendaftaraikan bahan-bahan bacaan di pejabat, saya tertarik untuk membelek katalog Kuala Lumpur Design Week 2010. Buat masa ini, saya masih belum ada rezeki untuk menghadiri acara ini.
Kembali kepada katalog itu tadi, terdapat satu ruangan school showcase. Ruangan ini menghimpunkan hasil kerja kreatif yang dihasilkan oleh pelajar dari pelbagai institusi pengajian tempatan.
Pastinya saya gembira melihat hasil kerja dari pelajar UiTM, tapi sayangnya nama pelajar yang menghasilkan karya yang indah ini tidak disertakan sekali. Namun begitu, ada satu karya yang cukup saya kenali dan ingin saya kongsikan bersama pembaca semua.
Karya ini di halaman 292
Ini merupakan hasil kerja sahabat saya, Yunus Ismail yang berbakat besar dalam bidang senireka dan kini sedang memesrai bidang fotografi. Sebaik sahaja ternampak akan poster ini, saya terus menghubungi Yunus dan mengucapkan tahniah. Rupa-rupanya beliau sendiri tidak tahu yang hasil kerjanya dikompilasikan di dalam katalog ini.
Setelah meminta izin, saya mengambil keputusan untuk mendedikasikan entri ini untuk beliau.
Poster ini merupakan projek semester akhir beliau tika menuntut di UiTM Shah Alam. Sekembalinya beliau dari Jepun untuk pertandingan Asean Skills, beliau mendapat ilham untuk menjadikan pertandingan ini sebagai subjek utama untuk projek tahun akhir.
Without Skills, Knowledge remains as just an Idea
Tajam sungguh kata-kata ini, sekaligus menikam diri ini yang tidak punya kemahiran hebat sepertinya.
Tahniah Yunus :)
*(Tahniah juga kepada pelajar UiTM yang lain)
wah!
ReplyDeleteCONGRATULATION YUNUS :)