Penulis Skrip Diperlukan!

Ini ialah lakaran minda saya yang mutakhir. Sebenarnya telah lama lakaran ini dihasilkan cuma saya sahaja yang tiada masa untuk mengisi teks di dalam petak-petak yang telah dilukis (alasan yang terlalu cliche). Akhirnya siap juga! Ilham untuk menghasilkan lakaran ini tercetus apabila saya dalam keadaan stress ketika ketandusan idea.

Andai diamati betul-betul, barangkali ada yang merasakan teks dan kapsyen yang ditulis bersifat sindiran dan bertujuan untuk mempersenda pemohon kerja sebagai penulis di luar sana. Saya ingin tegaskan di sini bahawa lakaran ini adalah sekadar suka-suka. Nawaitu di hati adalah untuk menjadikan notis tawaran kerja ini kelihatan ceria dan menyeronokkan.

Media: 110 gm drawing paper, mechanical pencil, drawing pen, Prisma markers

Saya masih lagi bertatih dalam bidang penulisan skrip, namun ingin saya kongsikan dengan anda semua tips untuk menjadi seorang penulis skrip (juga sebagai peringatan untuk diri saya sendiri):

a) Suka membaca dan menulis - Untuk menjadi seorang penulis yang hebat, anda perlu menjadi manusia serba tahu. Untuk menjadi serba tahu juga bukanlah mudah, anda juga perlu rajin membaca membuat kajian. Langkah seterusnya menulis, kalau tidak, baik jadi pembaca sahaja.

b) Berani menerima kritikan - Setiap manusia punya egonya sendiri dan tiada siapa pun di luar sana yang suka hasil kerjanya dikritik secara negatif. Saya menulis Upin & Ipin bukanlah bertujuan untuk syok sendiri, saya menulis Upin & Ipin untuk membuat penonton rasa gembira. Untuk menggembirakan dan memuaskan hati penonton pada masa yang sama bukanlah kerja yang mudah.

"Easy reading is damn hard writing"

Skrip yang bagus bukanlah dihasilkan dalam sekelip mata, plot demi plot, dialog demi dialog, satu per satu akan disemak. Rejection juga kerap berlaku. Seorang penulis skrip hendaklah sentiasa bersikap positif dengan kritikan yang diberikan dan tidak pernah putus asa dalam menghasilkan mutu kerja yang lebih baik.

Ini satu contoh perbualan mudah yang begitu jelas bahawa saya seorang yang bercas negetif:

Saya: Tensionnya tak ada idea...
Shafiq: Bukan tak ada idea, idea yang tak keluar...

Betapa beruntungnya saya dikelilingi manusia yang berfikiran positif. Saya juga sedang berusaha untuk menjadi lebih positif :)

c) Tahan akan segala tekanan - Dalam apa jua bidang sekalipun, ada cabarannya. Ingin saya ulang sekali lagi, orang yang tahan akan tekanan akan menjadi insan yang lebih berharga. Sila baca entri ini.

Kepada mereka yang berminat untuk menjadi penulis skrip di Les' Copaque Production, jangan malu atau segan, segeralah hubungi kami di email yang tertera. Kami amat mengalu-alukan permohonan anda.

* Terima kasih kepada Aliya yang sudi memeriksa tatabahasa teks yang ditulis dalam lakaran di atas :)

Comments

  1. Yeah, writers make history! WOOT! (seperti dalam ilustrasi)

    ReplyDelete
  2. Anda pandai lukis comel. Saya benci anda! Heehe

    ReplyDelete
  3. Sdri Idamandarin,

    Saya ada dua persoalan dan berharap sdri sudi menjawabnya. Pertama, apakah kekosongan jawatan penulis skrip ini masih terbuka, dan sekiranya ya, kira-kira sampai bilakah ia akan terus terbuka?

    Kedua, saya melihat di laman web Les' Copaque bahawa syarat kelayakan untuk memohon jawatan sebagai penulis skrip harus sekurang-kurangnya memiliki diploma atau degree dalam bidang animasi dan bahasa filem, atau yang setaraf. Tapi dalam poster yang sdri lukis ini, tidak diletakkan syarat yang sedemikian. Apakah graduan dalam bidang lain juga -- selain dari bidang seni perfileman/animasi -- masih layak memohon?

    Salam hormat,
    Aidil Khalid

    ReplyDelete
  4. Aidil Khalid:

    Salam,

    1. Ya, masih dibuka lagi. Sampai bila itu saya kurang pasti. Barangkali sehingga kami menjumpai penulis yang menepati kehendak kami :)

    2. Layak sekiranya anda punya portfolio yang kuat atau berpengetahuan luas dalam bidang penulisan. Saya sendiri juga bukan dari bidang seni perfileman dan animasi.

    Terima kasih kerana bertanya, harap saudara berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.

    Terima kasih =)

    ReplyDelete
  5. sy nak tnye...ade kekosongan lagi tak kat sini..??sy ade menulis skrip..tajuk citer die.."aku,dia dan v-log...sy nak sgt jd penulis skrip sepenuh masa...harap boleh membantu....

    ReplyDelete
  6. Alhamdullilah, terima kasih kerana saya terbaca diruangan ini. Kebetulan juga, saya baru ingin mencuba2, apatah lagi, sememangnya saya tidak mempunyai asas langsung tentang penulisan, tetapi saya sering membuat andaian kepada sesuatu pekara yang terjadi dan dengan itu terdetik dihati saya untuk mengisi ruangan untuk menulis. Mungkin juga saya boleh diberikan peluang untuk mencuba, Terima Kasih.FAR

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts