Tiada Kesudahan

Masih saya ingat lagi tika tamat persekolahan
Niat di hati mahu melanjutkan pelajaran
Sedang saya sibuk merancang masa depan
Dalam diam ada rakan yang merancang perkahwinan
Terasa macam satu perubahan
Tanpa saya sedari
Persoalan itu berlarutan hingga kini

Guru saya pernah berkata,
Kalau dah tak nak belajar, kahwin...
Begitu juga dengan pensyarah saya,
Lepas habis belajar ni, pergilah kahwin...
Ketika menuntut akhir tahun ijazah sarjana muda
Siapa yang tak nak kahwin? Angkat tangan...
Bila sudah kerja...
Kau bila nak kahwin?
Soalan begini sering meniti di bibir makcik-makcik apabila hendak memulakan bicara
Konon-kononnya hendak bermesra
Tapi pada saya persoalan ini canggung sekali
Apatah lagi bila ia bersifat peribadi

SPM, Diploma dan juga Degree
Semua ini telah berjaya saya lalui
Betapa cepatnya masa berlari
Apabila menyedari hakikat ini
Tiba-tiba saya bermuhasabah diri
"Kau bukan kanak-kanak Ribena lagi..."

2009 berlalu 2010 pun tiba
24 ke 25, oh dewasanya saya!
Atau bahasa kasarnya saya semakin tua
Sungguh masa mencemburui kita
Usia dan masa adalah pasangan teman tapi mesra
Dua benda inilah yang menegah saya dari leka

Komitmen tiada dalam kamus saya buat masa ini
Saya punya banyak impian yang masih belum terlaksana
Terlalu banyak cita-cita yang belum direalisasi
Ini bukanlah bermakna saya melarikan diri dari realiti
Saya cukup percaya komitmen tidak menghalang dari mengejar mimpi
Andai seseorang itu cukup memahami
Pena ini akan terus fasih berbicara tanpa henti
Juga tidak akan menghalang jari jemari ini dari menari di papan kekunci

Saya yakin bukan saya sahaja yang dilanda persoalan sebegini
Kejam sungguh topik ini
Saya diserang rasa geli
Menjadikan saya cukup alergi
Bilakah soalan yang tiada berkesudahan ini akan berakhir?
Tiada siapa tahu...
Saya juga percayakan karma
Bila saya menjadi makcik satu hari nanti
Barangkali akan membuat khilaf yang serupa

Ingin saya akhiri entri kali ini dengan kata-kata dari rakan baik saya Hasan. Kata-kata ini terbit tatkala kami sedang berdiskusi di pejabat.

*Sedikit pengenalan tentang sahabat baik saya ini, beliau sukakan buku The Game karya Neil Strauss dan How I Met Your Mother adalah siri tv kegemarannya. Dia merupakan DJ yang sering memutarkan lagu untuk menceriakan semua di pejabat, seorang yang suka menyanyi dan menari. Oh, dia juga mempunyai obsesi terhadap monyet...

"There is no such thing as the right person, but a person who make things right..."

Setiap manusia punya kelemahan tersendiri dan sedarlah bahawa tiada siapa pun yang sempurna. Dengan melengkapi dan memahami antara satu sama lain, ia akan menjadi sempurna dengan sendirinya :)

Comments

  1. hurm..saya juga sering dilontarkan dengan soalan yang sama..apa kan daya..kahwin bukan di tempat utama dalam matlamat hidup saya..saya juga masih banyak impian yang ingin saya kejar..masih banyak bende lain yang lebih memerlukan perhatian saya~heheheh

    ReplyDelete
  2. komen yg saya hanya mampu beri ialah gelakan ringan tp ikhlas dari hati. oleh itu .. hehehehehehehe

    ReplyDelete
  3. To Nurul: Yeargh~! Mari kita mengejar mimpi!
    To Akumarusan: Saya mahu menghadiahkan ketawa yang jauh lebih ikhlas untuk anda. Har har lagi har...

    ReplyDelete
  4. bagi saya, ini semua adalah salah satu persimpangan dan persoalan hidup yang harus dilalui dengan senyuman, sambil tangan didalam poket yang bersyiling. well, life's goes on~

    ReplyDelete
  5. Rase nyer, bagi kaum lelaki, bile soalan itu diajukan..xde lah stress sangat seperti kaum hawa..kan?hurm..ape nak buat..kalau ada, adalah..kalau xde, boleh gune duit yg disimpan tuh g melancong!!!!yippie

    ReplyDelete
  6. Ya, betul! Tak apa jika membuat pilihan untuk tunggu. Lebih baik daripada sesetengah orang yang gatal mahu kawin tetapi masih belum cukup matang dan tak ada duit. Sungguh jengkel.

    ReplyDelete
  7. Bagi saya takpe kalau ada plan nak kawin. Meaning the relationship is going somewhere, we are painting the future etc2.. (if the age is right la) but yes enough with the questions already, people! lalala~

    ReplyDelete
  8. Ye, orang yang tengah plan nak kawin mestila cakap macam tu. Hardiharhar =D

    On another note, IDA, BILA MO KAWIN?

    ReplyDelete
  9. Razuri: Dangerous Guy baru 23... Hehehe...

    Nurul: Sudah tentu! Andai ditanya "Eh Nurul, kenapa kau beli superbike ni?" Jawablah "Sebab tak jadi kahwin..." Dengan nada sayu :p

    Aliya: Ya, saya setuju dengan Aliya. Isu jengkel juga isu orang yang sedang dalam "mood" nak kahwin...

    Ida: Amboi, amboi, amboi... Sudah gaharu cendana pula. Sudah tahu, buat-buat tanya pula... Cepat-cepat sket bina masjid tu :p

    ReplyDelete
  10. ahahahhahahaa......idaman!!kire kalau saya beli superbike, nampak sgt sebab mmg x kawen..dah leh spend duit kat moto~huhuhuhuh...

    ReplyDelete
  11. saya pula akan beli camera, juga sebab tak jadi kawen... apakan daya, kita biasanya takkan dapat apa yang kita mahu... tetapi patut bersyukur dengan apa yang kita ada~ Saya pernah di- demotivatekan berdasarkan kata2 ni; bila kita dah berumur hampir 30an, dan tiada apa2 hubungan lagi... biasanya selepas umur 30 nanti kita akan berkahwin dengan siapa2 sahaja tanpa mengambil kira perasaan kasih dan sayang. Kiranya macam desperatelah... tapi tak salah kalau kita buktikan perkara tu salah!... ehehehe

    ReplyDelete
  12. saya mengistiharkan sebagai penutup untuk topik ini... amin~

    ReplyDelete
  13. yeay!!idaman sila tinggalkan mimpi anda..dan kawen saja~har har

    ReplyDelete
  14. Nurul: Saya sedang bermain kejar-kejar dengan mimpi dengan penuh riang :p

    Rezonance: Saya blom mo kawen la, carikan calon yang besh utk saya. Heh~

    MediaHorizon: Takpe, takpe... Jodoh tu ada - sambil dengar lagu Haven't Met You Yet nyanyian Micheal Buble

    Kesimpulannya: Ohoho, bab kahwen ni nampaknya menjadi topik perbualan hangat dalam usia sebegini. Barangkali kena pergi dapatkan restu dengan lebih kerap untuk kesan yang segera :p

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts