Pemahaman Semiotik dan Semantik Mengikut Usia

Semiotik secara mudahnya ialah komunikasi tanpa kata manakala semantik pula ialah ilmu erti kata atau maksud sesuatu.


Poster yang menimbulkan kontroversi di media sosial mutakhir ini.

Dalam slaid yang dibentangkan oleh Tok Mat, terdapat satu poster klasik yang berjaya menarik perhatian para hadirin. Visual dan copywriting yang digunakan dalam poster ini telah menjadi perbualan hangat kerana mesej yang disampaikan sangat menarik.

(Sebelum kita membedah poster ini, suka untuk saya letakkan disclaimer. Untuk pengetahuan anda, poster ini bukanlah direka pada zaman sebelum merdeka atau satu ketika dahulu. Ianya merupakan rekaan sebuah syarikat penerbit buku Cukong Press, dan mengikut research di ruang maya, poster ini dihasilkan pada tahun 2017/2018. Saya harap pembaca akan lebih terbuka untuk kita bincangkan mengenai semiotik dan semantik di sebalik poster ini.)

Ketika poster ini muncul, semua hadirin ketawa. Dari segi design hierarchy, sudah tentu mata kita akan tertancap pada illustrasi wanita bersama anak lelakinya. Kemudian, fokus jatuh pula ke amaran dan dengan menggunakan font serif bersaiz besar memberitahu JANGAN MEROGOL, Hormatilah wanita, lihatlah mereka seperti ibu kita. Wah, sungguh bold dan tidak berlapik langsung nasihat ini nampaknya. Tulisan jawi yang tertera di atas bertulis, Awasi Anak Lelaki Anda dan di kapsyen akhir sekali, pesan wanita itu pada anaknya “Nak, keluar nanti baik-baik, JANGAN ROGOL anak orang. Sungguh terang lagi bersuluh bukan?

Secara peribadi, saya merasakan poster ini sedikit disturbing. Jauh dalam benak, setahu saya Melayu itu penuh dengan metafora dan cakapnya berlapik. Mustahil poster ini dihasilkan sebelum merdeka. Pada siapa yang pernah membaca cara penulisan Melayu lama, pasti mengenalpasti cara ejaan lama seperti hormati-lah, be-cha, chinta dan sebagainya. Lagipun font yang digunakan agak moden, boleh lihat dengan mata kasar. Canggih sungguh zaman itu dah ada font yang sebegitu fancy. 

Walaupun saya tahu poster ini bukan direka pada zaman sebelum merdeka, saya diamkan sahaja. Kerana saya ingin lihat juga reaksi, penerimaan dan pemahaman hadirin. Saya yakin bukan saya seorang sahaja merasakan demikian. Lalu Mr. K selaku moderator bertanya kepada Tok Mat.

“Datuk, zaman tu merogol ni meluas ke?” Sungguh naif dan kelakar pertanyaan ini. Tapi saya juga ingin tahu.

“Not really,.. Em… Maybe…”

Seluruh dewan berdekah, dan sehinggalah sesi perbincangan tiba di penghujung waktu. Prof. Azali bangun dan ingin berkongsi, nasihat yang disampaikan itu sebenarnya bukanlah untuk anak itu, sebetulnya untuk suami. Hendak ajar suami nasihatkan anak, orang Melayu ni sindirkan suami bebel ke anak kerana tidak wajar untuk seorang isteri itu berkurang ajar. Pesankan kepada anak dengan mesej seberat itu entahkan faham entah tidak. Begitulah ujarnya.


Prof. Azali senyum lebar apabila saya mengajak beliau untuk berswafoto. Terima kasih Prof!

Semua pun “Oh…” tanda faham.

Semua terpegun dengan penerangan beliau. Begitulah mata designer sebenar, mampu memahami semiotik dan semantik dengan begitu tajam. Mungkin saya juga perlu banyak makan garam untuk sampai tahap itu. Jadi apa yang anda lihat dan baca tidak semestinya berjaya diterjemahkan oleh semua.

Syabas buat pereka yang menghasilkan poster ini kerana berjaya mengusik dan memperdayakan kita semua. Untuk mendengar keseluruhan perbincangan, sila ke laman Facebook Rekanegara dan sila LIKE dan SHARE supaya ilmu ini boleh dimanfaatkan buat semua.

Comments

Popular Posts