Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Sepanjang bulan Ramadhan ini, selain dari ibadah yang dilakukan lebih dari bulan biasa, saya lebih banyak menghabiskan masa untuk membuat lakaran rakan-rakan Team Proton Runners. Pada mulanya rasa agak janggal juga kerana saya tidak pernah membuat karikatur sebelum ini.

Masih banyak lagi latihan yang saya perlukan untuk memahirkan diri dengan melukis wajah seseorang. Saya rasa kalau kita kenal seseorang dengan lebih dekat, atau mungkin mereka ada personality yang menarik dan "feature" wajah yang lebih menonjol, ini akan membantu kita untuk melakar idea untuk menghasilkan karikatur.

Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca blog ini. Maaf Zahir & Batin seandainya saya pernah mengguriskan atau menyakiti kamu secara sengaja atau tidak. Huhuhu...

Sesungguhnya saya tidaklah sekurus itu (buat masa ini) dan mata saya juga tidaklah sebesar itu. Apa yang pasti, saya punya beberapa bantal busuk dan Fwuffy adalah yang paling saya sayang. Ya, itu kisah benar hehehe... 

Selamat Hari Raya semua! :x

Comments

Popular Posts