Misi Terawih 30 Masjid
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat semua,
Sudah bertahun lamanya saya tidak menulis blog. Tetapi hari ini seakan mendapat semangat baru untuk menulis semula. Bagaimana dengan Ramadhan tahun ini? Saya harap anda menunaikan ibadah puasa dengan lebih baik dari tahun sebelumnya.
Pada Ramadhan kali ini, saya mendapat satu idea untuk menulis tentang masjid-masjid yang menjadi persinggahan saya untuk menunaikan solat terawih. Saya menamakan misi ini "Misi Terawih 30 Masjid". Sebelum ini, saya pernah merantau ke masjid yang berbeza semata-mata untuk merasai suasana terawih dan menghargai senibina masjid yang indah. Rasa rugi kerana tidak pernah mendokumentasikan rumah Allah yang indah sepanjang bulan Ramadhan.
Jangan lupa klik follow: misi_terawih_30masjid :)
Alhamdulillah, rakan-rakan semuanya memberi sokongan terhadap misi ini. Buat masa ini, sudah selesai dua malam terawih. Tak sabar untuk menjejakkan kaki ke masjid seterusnya. Harap misi ini dapat diteruskan hingga ke malam terakhir.
Selamat berpuasa semua!
Comments
Post a Comment