Kecintaan

Mutakhir ini, isu Hari Kekasih menjadi topik hangat di dada-dada akhbar mahupun di laman sesawang. Isu berat dan menyesakkan ini bukanlah menjadi tajuk utama saya kali ini. Biarlah mereka yang lebih arif untuk mengulas perkara ini dengan lebih lanjut.

Namun begitu, apa yang ingin saya kongsikan pada entri kali ini ialah "Kecintaan" terhadap sesuatu. 14hb Februari 2011 lalu, saya Faren dan Hasan pergi menyaksikan persembahan ansambel Al-Andalus di Dewan Filharmonik Orkestra KLCC. Ini adalah kali pertama buat saya dan Hasan tapi telah menjadi satu kebiasaan buat Faren. (Ya, kebiasaan menurut beliau sendiri)


Dalam perjalanan menuju KLCC, kami bersembang mengenai pelbagai perkara. Tapi ini adalah sebahagian dari perbualan kami.

Saya: Filharmonik tu apa?

Faren: Filharmonik itu cinta kepada harmoni.

Saya: Kenapa maksud dia macam tu?
(Oh saya tahu soalan ini bernada kurang bijak, tetapi saya memang mahu tahu)

Faren: Phil means love, kecintaan terhadap sesuatu. Phil apa lagi yang ada?

Saya: ...
(Diam. Langsung tidak membantu)

Faren: (terus memintas tanpa sempat enjin minda saya bergerak)
Philosophy for example, means love of wisdom.

Saya: Woo, how did you know that?
(dengan penuh rasa kagum)

Faren: Phil is actually comes from Greek word "philein" means to love. And sophy at the back means wisdom. (Sophos in Greek means wisdom)

Saya: (masih diam dan dengar)

Faren: Ada banyak phil. Macam you collect stamps kan, they call it philately.

Saya: Oh oh, kecintaan terhadap setem! What about Philadelphia?
(That's the best Phil I can think of)

Faren: Yeah, Philadelphia. Brotherly love.
Because when you know English, then you might learn a little bit of Greek, Spanish, French and other languages. Macam Bahasa Melayu pun ada Sanskrit, Arab.

(dan perbualan kami berlarutan sehinggalah kami bertiga tiba di KLCC)

* Nota: Perbualan ini telah diubah sedikit supaya ianya tidak terlalu skema. Fakta di dalam perbualan sebenarnya tidaklah sehebat ini, saya membetulkannya setelah kajian pembacaan dibuat. Anda boleh rujuk laman sesawang Wiki mahupun di kamus Mac yang canggih

Itulah yang ingin saya kongsikan bersama anda kali ini. Harap sedikit sebanyak ilmu anda telah bertambah.

Jadi, setinggi manakah tahap "Kecintaan" anda?

Comments

Post a Comment

Popular Posts