Maaf

Sedang sibuk mencari kata-kata hikmat untuk menaikan motivasi diri, saya menaip perkataan "forgive" di ruangan google. Dengan hanya satu klik, pelbagai laman web terpapar pada skrim dalam masa 5 saat. Lalu saya klik pada salah satu laman web yang tertera dan membaca kata-kata hikmat yang ada.

Kata-kata Hikmat 1:

Forgiveness is the sweetest revenge.
Isaac Friedmann

Kemaafan itu adalah pembalasan dendam yang terindah. Benarkah? Saya seorang yang pemaaf, kerana saya sedar tiada siapa yang sempurna di muka bumi ini. Melakukan kesilapan adalah normal kerana manusia yang tidak melakukan kesilapan itu sebenarnya tidak melakukan apa-apa. Saya terus membaca lagi

Kata-kata Hikmat 2:

It is easier to forgive an enemy than to forgive a friend.
William Blake

Memaafkan musuh itu jauh lebih mudah dari memaafkan sahabat. Amat benar. Meski sudah memaafkan seseorang kawan, lukanya masih terasa.

Sesudah membaca ini, saya sedari dua perkara. Yang pertama, saya baru tahu bahawa orang yang menyakiti itu sebenarnya adalah "sahabat" saya. Dan yang kedua, kerana gelaran "sahabat" yang diberikan kepadanya membuatkan saya terluka.

Ya Allah, bersihkanlah hati hamba-mu ini...

Comments

  1. its easier to forgive an enemy than to forgive a friend...!!
    bbtol..btol..btol...!! (^___-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts