Negara Jiran Playground - Gates of Ivory

Di sebelah timur tanah Playground terletaknya sebuah negara jajahan Ratu Salji (Aliya) yang diberi nama Gates of Ivory. Mengapa Gates of Ivory? Itulah soalan pertama yang ditanyakan oleh Ratu Benci ketika empayar Ratu Salji terbentuk. Silalah tanya pada web serba tahu Wikipedia untuk maklumat lanjut. Heh~

Bahasa rasmi tanah jajahan ini ialah bahasa Oreng-oreng manakala tulisan yang digunakan ialah notasi taugeh bertali lima yang aneh. Barangkali itu merupakan kod misteri yang digunakan di Gates of Ivory. Ratu Benci amat berminat dengan kod-kod misteri ini dan sedang mengaji dari Ratu Salji.

Kalau anda mahu tahu, Ratu Salji punya senjata yang disorokkan di dalam bagasi mudah letup. Senjata yang disebut 'biola' ini mampu mengeluarkan melodi indah yang mampu memukau sesiapa sahaja yang mendengarnya. Tidak ramai yang tahu cara untuk mengendalikan senjata ini melainkan anda celik untuk membaca kod rahsia notasi yang disebutkan tadi.


Khabar angin mengatakan Ratu Salji yang dingin itu mampu membekukan sesuatu apabila murka. Lihat sahajalah di sebelah timur Gates of Ivory, terdapat pepatung yang telah dibekukan oleh Ratu Salji. Oleh itu jangan sesekali bermain dengan api sahaja, tetapi dengan salji juga.

Apa yang paling menarik di tanah jajahan Ratu Salji ini ialah Bola 8 Sihir yang penuh dengan kuasa kegelapan. Bola sihir ini mampu membaca firasat hati anda tanpa perlu memberitahunya. Jawapan akan timbul dari cecair beracun yang terdapat dalam bola ini. Dahsyat sungguh...

Di puncak monitor tinggal seekor biri-biri bernama Bubba. Bubba merupakan biri-biri gurun yang ditugaskan mengawasi seluruh empayar Gates of Ivory. Di sebelah Barat, terdapat himpunan kata-kata jampi yang menarik. Kata-kata jampi yang penuh dengan maksud tersirat ini akan berubah mengikut musim. Ratu Salji juga gemar merujuk kepada kalam himpunan perkataan alih bahasa milik Ratu Benci. Selain dari Ratu salji, Raja Lantai (Fiezi - yang konon-kononnya Murder on the Dance Floor) juga suka akan kalam alih bahasa ini.

Di kawasan pergunungan Mount of Wisdom, jauh di dalam jurang, tinggalnya seekor arnab yang arif lagi bijaksana bernama Ming. Jangan salah anggap, Ming bukanlah anti-sosial, dia cuma lebih gemar bertapa dan pemalu sebenarnya. Ming merupakan penghuni yang paling awal menetap di sini, tanyalah apa sahaja padanya, dia tahu dan akan mengangguk dengan girang. Warga LCP juga amat senang dengan Ming kerana dia pandai membuat orang terhibur.

Ozzy dan Cloodle merupakan rakan karib yang menetap di Keyboard Gardens. Ozzy yang comel ini sukakan daun kerana dia vegetarian yang sejati. Cloodle yang berwarna kuning dan bermata biru ini pula sangat ceria perwatakannya. Oleh kerana warnanya kuning, Cloodle dilihat seakan-akan penyinar bagi Gates of Ivory ini.

Sekian sahaja celoteh dari Ratu Benci. Diharap pembaca seronok membaca tulisan dan suka dengan illustrasi yang dihasilkan ini. Jumpa lagi di entri akan datang :)

*Segala cerita yang diceritakan adalah rekaan semata-mata, tiada kena mengena antara yang hidup dan yang mati.

Comments

  1. My kingdom! Ahahaha, notasi taugeh bertali lima. As usual, great illustration, Your Majesty. Thank you =D

    By the way, I'm thinking of knighting Bubba nanti. Sir Bubba. Haha.

    ReplyDelete
  2. Sir Bubba. nice!

    Sangat suka dangan lukisanmu Ratu Benci. Cantik. Nice kingdom dear Ratu Salji.

    ReplyDelete
  3. To Loi: Ahaha... Siap jugak akhirnya! I will belajar the notasi taugeh bertali lima dengan bersungguh-sungguh! Huhihuhi!

    To AddamBlack: Terima Kasih Raja Kegelapan :p

    ReplyDelete
  4. raja kegelapan! noice~!!
    memang menarek la cik idaman.
    i verry loike~!!

    ReplyDelete
  5. To Razuri Ajmain: Terima kasih kerana menyukainya... Nanti saya akan cari satu gelaran yang sesuai untuk anda juga :p

    ReplyDelete
  6. Hohoho... sudah habis pandai mengajikah akan notasi taugeh bertali lima? sungguhlah girang jika dapat didengarkan barang sepotong dua bunyi-bunyian dari notasi tersebut. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts