Ku Mahu

Sekarang sudah bulan April. Cepatnya masa berlalu... Pejam celik, pejam celik, sudah masuk pertengahan tahun. Bagaimana dengan azam anda semua? Dalam progres atau masih belum terlaksana? Kalau tiada, masih belum terlambat. Bak kata orang putih "Better late than never".

Inilah yang sedang saya cuba usahakan untuk tahun ini.

Misi: Mahu membaca dengan lebih banyak
Huraian: Setelah menyertai laman web komuniti buku Goodreads, saya bertambah bersemangat untuk membaca. Cemburunya apabila melihat jumlah buku yang telah dibaca orang lain. Disebabkan rasa cemburu inilah mengakibatkan saya berbelanja hampir RM300+ (hampir RM400) pada bulan ini dengan hanya membeli buku. Seorang penulis yang baik perlu membaca dengan banyak, dan untuk menjadi manusia serba tahu juga bukanlah mudah. Makin banyak yang anda baca, makin banyak benda yang anda tak tahu.
Progres: Kini sedang membaca mencari Locus Standi karya Nisah Haron.

Misi: Belajar satu instrumen muzik
Huraian: Tidak pernah terdetik dalam hati yang saya boleh bermain alat muzik. Sehinggalah Aliya menghulurkan biolanya dan menyuruh saya cuba untuk menggesek suka-suka. Tiba-tiba keajaiban berlaku, saya boleh memainkan lagu Twinkle Twinkle Little Star walaupun tidak tahu nota muzik apa yang saya mainkan. Saya memilih biola dan biola memilih saya.
Progres: Sedang berusaha memainkan lagu karya Andrew Lloyd Webber - Close Every Door dengan lebih lancar. Saya amat berterima kasih kepada Aliya yang sudi mengajar saya dengan sabar.

Misi: Mahu menjadi penyelidik
Huraian: Saya tidak tahu apa yang sepatutnya saya panggil akan aktiviti sebegini. Namun saya rasa ia amatlah penting bagi seorang penulis untuk mencatit kerana idea muncul di mana-mana sahaja. Mencatit fakta, hujah, ungkapan, peristiwa yang menarik juga akan menjadikan anda lebih peka dengan keadaan sekeliling.
Progres: Membawa buku nota bersama pen ke mana sahaja (bawah bantal juga ada :)

Misi: Mahu menerbitkan komik sendiri
Huraian: Saya hanyalah penulis untuk komik ini, bukanlah pelukis. Andai anda ingin tahu bagaimana rupa komik ini kelak, boleh lihat di sini.
Progres: Cuma tinggal beberapa mukasurat sahaja lagi! Inilah yang saya nanti-nantikan. Doakan komik yang tertunda ini akan siap secepat mungkin ya?

Sebenarnya ada banyak lagi perkara yang ingin saya lakukan. Baru-baru ini saya rasa amat sukar untuk menghafal, barangkali hati saya sangat kotor dan gelap. Alangkah sedihnya...

Begitu banyak azam... Bolehkah saya capai semua? :s

Comments

  1. saya suka azam anda kerana setiap azam anda akan diikuti dengan usaha! Selamat berjaya.

    p/s : sekali sekala tu komen la blog org same.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts